Gambar Mohd Saiful Bukhari Azlan
Petikan dari video Saiful Bukhari Azlan ketika bersumpah.....
Video Saiful Bersumpah atau klik sini ke youtube
“Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut….A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.”
Semoga Allah sentiasa membuka pintu hati kita untuk berjuang kepada kebenaran.
Pasti ramai yang tertunggu-tunggu bila 'orang itu' yang sering menuduh, menghina dan membuka aib orang lain juga mahu bersumpah bahawa beliau memang tidak melakukan perkara2 keji tersebut.
Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Wassalam